Kasih Ibu

Monday, 7 September 2015

5 Penyakit Utama Wanita

Sebagai wanita, adakah kita tahu tahap kesihatan kita? Adakah setiap tahun kita membuat pemeriksaan kesihatan di hospital atau di klinik yang berhampiran untuk memastikan kita bebas daripada penyakit merbahaya?

Ramai di antara wanita jarang membuat pemeriksaan kesihatan. Salah satu faktornya ialah sibuk dengan tugasan seharian atau kerjaya sehingga terlupa akan hal tersebut.

Di zaman serba moden ini, terdapat pelbagai jenis penyakit boleh menyerang wanita. Namun di sini saya senaraikan 5 jenis penyakit utama sahaja.


1. FIBROID

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid.

Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 – 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan, wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous). Ada fibroid yang mencetuskan simptom dan ada juga yang berlaku tanpa simptom.

Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak.


2. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, ‘dalam’, dan metra, ‘rahim’. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita.

Simptom utama penyakit ini adalah senggugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.


3. SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)
PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas.

Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).


4. ANOREXIA NERVOSA
Anorexia atau nama saintifiknya ‘Anorexia Nervosa’ berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan.

Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut ‘trend’ dan juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.


5. MENOPAUS
Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita.

Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup.





Wednesday, 5 August 2015

Pentingnya Berpantang

Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).




Perubatan
Dari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.

Kesihatan
Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Pemakanan
Jika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.

Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi.

Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.

Perubahan mental
Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.

Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu.

Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution.


Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.

Sumber : Utusan Melayu


Thursday, 21 May 2015

Kenapa Shaklee Herbal Blend Cream menjadi pilihan?

Shaklee Herbal Blend telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol, tidak berminyak, bebas paraben dan steroid.

Ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti horse chestnut, yarrow, sage dan juga rosemary.


 Horse Chestnut




Yarrow




Sage



Rosemary



Antara kegunaan Shaklee Herbal Blend Cream ialah 
1. Merawat ekzema dan gatal-gatal digigit serangga
2. Melembutkan kulit kasar dan merawat tumit pecah
3. Ubat luka / lecur
4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
5. Menghilangkan parut
6. Ruam pada bayi
7. Sebagai losyen harian
8. Menyelesaikan masalah kulit yang sering gatal



Antara kegunaan Shaklee Herbal Blend



TESTIMONI PENGGUNA




Dapatkan Shaklee Herbal Blend Cream ini pada harga mampu milik dan berbaloi-baloi dengan faedahnya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Shaklee Herbal Blend Cream ini dan pelbagai jenis vitamin, saya adalah wakil pengedar sah anda.  Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi / sms / whatsapp saya di  019-5633815



Wednesday, 20 May 2015

Atasi Masalah Jerawat Dengan Vitamin Shaklee

Banyak punca yang menyebabkan berlakunya jerawat sama ada di muka, dada atau badan. Wajah yang penuh dengan parut dan jerawat pastinya menghilangkan seri dan keyakinan diri terutamanya bagi anak muda atau remaja.


Punca Berlakunya Jerawat

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang dan ubat steroid
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Pengambilan vitamin juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah jerawat. Sebenarnya jika dalam pemakanan seharian kita cukup dengan nutrisi, maka tak adalah jerawat tu nak timbul keluar. Tapi disebabkan khasiat dalam makanan mungkin ada yang termusnah semasa proses penyediaan atau memasak, maka tak cukuplah badan kita nak serap nutrien-nutrien penting. Maka di sini lah pentingnya kita kena amalkan vitamin sebagai pelengkap nutrien.


Dapatkan vitamin Shaklee hari ini untuk atasi masalah jerawat anda dari dalaman.

Berikut adalah Vitamin-vitamin yang berperanan penting dalam mengekalkan kulit yang sihat dan bebas jerawat. Anda tidaklah diwajibkan mengambil kesemuanya. Ia adalah pilihan dan terpulang kepada budget anda.


ESP
Sumber protein penting untuk membina sel-sel baru. Sel-sel baru yang sihat akan lebih memudahkan penyerapan vitamin. ESP juga berfungsi untuk mempercepatkan pemulihan luka jerawat, mengurangkan parut dan mencantikkan semula struktur kulit.



Vitamin B-Complex
Vitamin B sangat-sangatlah bagus untuk mengurangkan stress. Stress pulak memang merupakan salah satu sebab kenapa jerawat muncul. Makanan-makanan yang kaya dengan Vitamin B adalah sayur-sayur hijau berdaun, daging, telur, dan ikan. Vitamin B juga sangat membantu dalam peredaran darah, mengurangkan kadar kolestrol, dan membantu dalam metabolisme protein, lemak dan gula. 

Vitamin E-Complex
Vitamin E adalah antioksidan. Vitamin E merupakan vitamin asas untuk kulit yang cantik. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat, dan membantu kulit melawan radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Vitamin E membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit dan memperbaiki struktur kulit. Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah, kekacang, almond, biji bunga matahari, dan brokoli. Jika anda mempunyai masalah jerawat yang agak teruk, dos vitamin E yang disyorkan adalah sebanyak 400 UI sehari. 


Vitamin C Plus Sustained Release
Vitamin C dan bioflavanoids antioksidan adalah amat diperlukan untuk melancarkan metabolik dalam badan kita. Vitamin C amat penting untuk memulilhkan sel-sel dalam badan, melawan jangkitan kuman dan meningkatkan kadar imuniti badan. Bioflavanoids pula memainkan peranan penting sebagai antibakteria dalam tubuh. Selain itu, vitamin C juga penting untuk membina kolagen untuk mencantikkan semula kulit. Untuk merawat dan menghilangkan jerawat, sekurang-kurangnya 1000mg Vitamin C diperlukan setiap hari. 


GLA Complex
GLA Complex membantu mencairkan sebum yang berminyak dan mengecilkan pori dan rongga yang tersumbat. GLA juga penting dalam mengawal hormon yang menjadi punca jerawat


Zinc Complex
Zinc adalah mineral, bukannya vitamin. Tetapi zinc juga amat penting dalam menghilangkan jerawat. Ini kerana zinc membantu memulihkan luka dengan cepat dan juga mengurangkan kesan-kesan luka akibat jerawat. Kekurangan zinc juga merupakan penyebab jerawat muncul. Dos zinc harian yang dicadangkan adalah antara 25-30mg sehari untuk menghalang jerawat. 




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Shaklee, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan mengikut pilihan dan budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di  019-5633815



TESTIMONI PENGGUNA














you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...